Thursday, 10 September 2009

"BILA IBLIS JANJI PADA TUHAN"

Akhirnya terbukti, setiap langkah yang kau lakukan ditunjuk tuhan. Biarpun kau sering menafikan, bersumpah Qur'an, tapi doa orang yang dizalimi akan diberi keutamaan. Itu janji tuhan.
Hari ini 18 Julai 2009, merupakan sejarah tentang hubungan ini sudah tidak punya erti lagi. Bila kau keluar rumah tanpa pengetahuan sang suami pada tanggal 15 Julai 2009. Bila sekembali kau ke rumah pada 18 Julai 2009, dengan memberi alasan kau keluar untuk mencari ketenangan satelah apa yang berlaku antara kita.
Kau bersumpah kau cuma keluar dikawasan Kuala Lumpur, bila aku ajukan soalan tentang kehilangan kau. Aku jadi sejuk bila mendengar tentang jawapan itu. Tetapi tidak tuhan. mungkin dia rasa cukup sedih, bila sang suami dipermainkan serta diperbodohkan oleh seorang isteri bernafsukan syaitan. Dizalimi hati dan perasaan oleh seorang isteri. Sang suami pun membuat sembahyang hajat, meminta pada tuhan tunjukkan jalan kebenaran, kerana hati dan perasaan tidak rasa tenteram dengan jawapan sang isteri.
Maha suci tuhan yang menjadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi, disetiap inci rahsia diatas muka bumi ini adalah atas kehendak nya juga.
Doa sang suami dimakbulkan, terlihat dia handback sang isteri bawa semasa keluar rumah. diperiksa didalam nya, kelihatan handphone kedua ada di situ. Dibuka dilihat kedalam messag tentang pergerakkan dia keluar rumah. SAH LAH dia keluar negara. Kebiasaan nya kalau dia keluar negara mestilah dengan jantan sundal dia. Kerana ini bukan kali pertama dia berbuat begini. Dari zaman dia masih janda memang dia sering lakukan benda-benda macam ini. Ingatkan dia dah berhenti, rupanya dia masih lagi aktif. Perbuatan ini, merupakan kali yang ketiga dilakukan semasa menjadi isteri kepada saya.

1)Pertama dia bersama VVIP di Hotel Shengri La pada 29 November 2008. Dia menyundal satelah tiga jam, dia hantar sms alasan dia bagi tetamu yang ditunggu tak sampai lagi. Tapi bila aku tanya KD kat Hotel tersebut dia kata VVIP tersebut dah lama balik ke Hotel.

2)Lepas sebulan 29 Disember 2008 dia di Hotel J W Marriot, Bukit Bintang dengan Jantan bernama Dahlan dari Sarawak. Aku tahu pun satelah seminggu dari tarikh tersebut. Malam tu dia kata dia ada shoting drama tamil. rupanya dia menyundal.
Tapi dia masih bersumpah dia tak buat apa2. Bila aku tanya jantan 2, dia kata awak tanyalah isteri awak. Lepas tu baru dia ke Karaoke dia bawak kawan2 dia. Supaya konon nya yang dia menyundal tak dicerita yang dia ke karaoke saja jadi cerita.

3)Dan yang ketiga Dia ke Jakarta, Indonesia. Pada 15 Julai 2009. Dia kata keluar dengan kawan dia ke jakarta urusan belajar berniaga.tapi bila diperiksa di Imigresen nama dia ada tapi nama kawan dia tak ada. Dan akhir sekali tiket nya di taja oleh seseorang.Cukup! aku tak mahu jadi jantan dayus. Tak masuk syurga kata Tuhan jantan dayus ni.
Walaupun dia sering menafikan tentang perbuatan nya itu, dengan bersumpah Qur'an, semua itu tidak menjadi kudis dalam hidup nya.

MENIPU, PENIPU DAN BERLAKON itu adalah sudah mejadi sebahagian dalam hidup dia. kerana dia telah dipilih oleh syaitan, bila iblis janji pada tuhan.

Sinopsis Drama saya akan datang. Kalau ada masa komen ya.


oleh
lokgha.

Friday, 6 March 2009

PENGALAMAN SEORANG PENGARAH TEATER

Sidang Akhbar Teater Muzikal 'SUZANA @ 60' di Planet Hollywood, Bukit Bintang, KL

Tersentuh benar setiap kali ditawarkan untuk mengarah teater, kerana amanah dan kepercayaan mereka terhadap diri saya. Mungkin pengalaman menjadikan keyakinan orang lain yang memungkinkan saya dipilih.

Dengan berlatar belakang sebagai seorang penari kebudayaan kemudian mengorak langkah sebagai koreografer yang secara kebetulan pula mempunyai sedikit bakat dan minat yang mendalam dalam bidang lakonan ( itupun setelah di intip oleh Tuan Haji Supiat Mukri bekas Pengarah Istana Budaya sekitar tahun 1983) maka hari ini, saya tanpa segan silu menerima pengalaman dari segala cabaran dan dugaan sebagai guru.

Sidang Akhbar Teater Muzikal 'CHENG LOCK' di Wisma MCA, Jalan Ampang, KL

Tiga produksi besar yang saya arahkan dibuat di Istana Budaya, sebenar nya membuatn saya menjadi tua dalam bidang ini. Ketiga-tiga produksi ini bermula dengan ayat muzikal. Saya lebih senang berkarya dengan perkara yang saya mahir. Antara karya yang di pentaskan di Istana Budaya adalah:

Latihan Teater Muzikal 'CHENG LOCK' di Istana Budaya

Sedang memberikan penerangan tentang watak kepada pelakon utama Suzana 60an,
Nur Fazura

Brainstorming Teater Muzikal 'CHENG LOCK' di Port Dickson, N.Sembilan

i) Muzikal 23250 Bukit Kepong ( Tahun 2000)

ii) Muzikal Suzana @ 60 ( Tahun 2006 )

iii)Muzikal Cheng Lock ( Tahun 2007 )

Saya merasa beruntung kebetulan saja bertugas di Kementerian Kebudayaan Kesenian ( dari tahun 1985 hingga sekarang)dimana kesempatan menimba ilmu dengan sifu-sifu yang hebat Tanah Air membantu mendewasakan kusus nya dalam bidang teater seperti Tuan Haji Supiat Mukri, Dato' Rahim Razali, Dato' Nordin Hassan, arwah Dato' Syed Alwi, tidak lupa tenaga pengajar di USM ketika itu Prof Dato' Ghouse Nassaruddin dan Prof Madya Samat Salleh. Dengan ilmu lakonan pula dari arwah Mustafa Noor, saudara Ahmad Yatim dan saudara Khalid Salleh. Bersama-sama tokoh-tokoh ini lah saya dibesarkan dengan ilmu-ilmu teater mereka, yang akhirnya membantu membentuk grene saya sendiri.

Menapak dengan sentuhan arahan pertama dan seterus nya adalah seperti berikut:

i) Muzikal Tikar Mengkuang ( tahun 1991 dan 1998 ) di MATIC.

ii) Anak Tajung Dato Nordin Hassan Versi TV 1993 dan persembahan di Utara( Pulau Pinang, Kedah dan Perlis).

iii) In The Name Of Love bersama Ramli Ibrahim dan Zahim Al bakri ( tahun 1992)

iv) Bangsawan Megat Panji Alam bersama Rahman B (Dewan Bahasa tahun 1997 )

v) Bangsawan kanak-kanak " Cermin Sapura" ( Matic, tahun 1999 )

vi) Muzikal Remaja Puteri Gunung Ledang ( Matic tahun 2001 )

vii)Hantu-Hantu Yang Saya Kenali bersama Anuardi ( Muzium Negara tahun 2002 )

viii)Mimpi Tuanku ( Muzium Negara tahun 2004 )

ix) Patung Kertas ( Matic tahun 2008, Matic dan Kucing Sarawak April dan Mei 2009 )

x) Aku Yang Berhormat ( Istana Budaya tahun June 2009 )

xi) Bangsawan Tun Mamat dan Mimpi Tuanku (Panggung Drama, DBKL Ogos 2009)

Selalu nya saya sering meninggalkan kata-kata hikmah kepada setiap produksi yang saya lahirkan. Kerana bagi saya kata-kata ini nanti akan dapat membantu semasa berkarya.

Contoh Bukit Kepong:

...... menggarap satu naskah sejarah ke atas pentas memerlukan satu pemikiran yang teliti. Sentiasa mungkin mendekatkan diri kepada jalan cerita agar sama-sama menghayati. Buat perwira negara, aku cemburu dengan semangat mu, aku cemburu dengan pengorbanan mu, aku cemburu dengan keberanian mu. Sesungguhnya nya kau harus berbangga dengan pemergian mu kerana kami tidak dipilih dikalangan mereka yang berani.

Contoh Cheng Lock:

..... melahirkan sejarah kehidupan seorang tokoh negara, memerlukan rasa yang cukup hampir. Kerana sepanjang kehidupan tokoh tersebut adalah suatu perjalanan yang tidak di ketahui esok hari. Cheng Lock mengukir gurisan kehidupan yang amat menarik untuk di kongsikan bersama. Kerana dia negarawan tercinta kerana dia saya terpanggil untuk merealisasikan sejarah nya.

Saya percaya dengan apa yang saya lakukan, dengan setiap karya yang saya hasilkan. Kerana saya sentiasa bertanggungjawab dengan sepenuh nya. Kerana dari gerak, lagu, tari datang nya dari budaya kita, kerana saya tak mahu jadi macam dia. saya tak akan menggadai budaya saya kerana terpengaruh atau di paksa untuk menjadi sempurna di mata mereka.

Teater kita bukan untuk kita saja tetapi hak untuk semua merasa, mengenal dan jatuh cinta. Itu lah kita kerana kita itu lah saya, dan akan berkarya selagi tuhan mengizinkan, selagi tangan boleh tunjuk, selagi mata boleh tengok dan selagi mulut boleh berkata.....................action!

Lokgha

Istana Budaya

6 Mac 2009