Friday, 6 March 2009

PENGALAMAN SEORANG PENGARAH TEATER

Sidang Akhbar Teater Muzikal 'SUZANA @ 60' di Planet Hollywood, Bukit Bintang, KL

Tersentuh benar setiap kali ditawarkan untuk mengarah teater, kerana amanah dan kepercayaan mereka terhadap diri saya. Mungkin pengalaman menjadikan keyakinan orang lain yang memungkinkan saya dipilih.

Dengan berlatar belakang sebagai seorang penari kebudayaan kemudian mengorak langkah sebagai koreografer yang secara kebetulan pula mempunyai sedikit bakat dan minat yang mendalam dalam bidang lakonan ( itupun setelah di intip oleh Tuan Haji Supiat Mukri bekas Pengarah Istana Budaya sekitar tahun 1983) maka hari ini, saya tanpa segan silu menerima pengalaman dari segala cabaran dan dugaan sebagai guru.

Sidang Akhbar Teater Muzikal 'CHENG LOCK' di Wisma MCA, Jalan Ampang, KL

Tiga produksi besar yang saya arahkan dibuat di Istana Budaya, sebenar nya membuatn saya menjadi tua dalam bidang ini. Ketiga-tiga produksi ini bermula dengan ayat muzikal. Saya lebih senang berkarya dengan perkara yang saya mahir. Antara karya yang di pentaskan di Istana Budaya adalah:

Latihan Teater Muzikal 'CHENG LOCK' di Istana Budaya

Sedang memberikan penerangan tentang watak kepada pelakon utama Suzana 60an,
Nur Fazura

Brainstorming Teater Muzikal 'CHENG LOCK' di Port Dickson, N.Sembilan

i) Muzikal 23250 Bukit Kepong ( Tahun 2000)

ii) Muzikal Suzana @ 60 ( Tahun 2006 )

iii)Muzikal Cheng Lock ( Tahun 2007 )

Saya merasa beruntung kebetulan saja bertugas di Kementerian Kebudayaan Kesenian ( dari tahun 1985 hingga sekarang)dimana kesempatan menimba ilmu dengan sifu-sifu yang hebat Tanah Air membantu mendewasakan kusus nya dalam bidang teater seperti Tuan Haji Supiat Mukri, Dato' Rahim Razali, Dato' Nordin Hassan, arwah Dato' Syed Alwi, tidak lupa tenaga pengajar di USM ketika itu Prof Dato' Ghouse Nassaruddin dan Prof Madya Samat Salleh. Dengan ilmu lakonan pula dari arwah Mustafa Noor, saudara Ahmad Yatim dan saudara Khalid Salleh. Bersama-sama tokoh-tokoh ini lah saya dibesarkan dengan ilmu-ilmu teater mereka, yang akhirnya membantu membentuk grene saya sendiri.

Menapak dengan sentuhan arahan pertama dan seterus nya adalah seperti berikut:

i) Muzikal Tikar Mengkuang ( tahun 1991 dan 1998 ) di MATIC.

ii) Anak Tajung Dato Nordin Hassan Versi TV 1993 dan persembahan di Utara( Pulau Pinang, Kedah dan Perlis).

iii) In The Name Of Love bersama Ramli Ibrahim dan Zahim Al bakri ( tahun 1992)

iv) Bangsawan Megat Panji Alam bersama Rahman B (Dewan Bahasa tahun 1997 )

v) Bangsawan kanak-kanak " Cermin Sapura" ( Matic, tahun 1999 )

vi) Muzikal Remaja Puteri Gunung Ledang ( Matic tahun 2001 )

vii)Hantu-Hantu Yang Saya Kenali bersama Anuardi ( Muzium Negara tahun 2002 )

viii)Mimpi Tuanku ( Muzium Negara tahun 2004 )

ix) Patung Kertas ( Matic tahun 2008, Matic dan Kucing Sarawak April dan Mei 2009 )

x) Aku Yang Berhormat ( Istana Budaya tahun June 2009 )

xi) Bangsawan Tun Mamat dan Mimpi Tuanku (Panggung Drama, DBKL Ogos 2009)

Selalu nya saya sering meninggalkan kata-kata hikmah kepada setiap produksi yang saya lahirkan. Kerana bagi saya kata-kata ini nanti akan dapat membantu semasa berkarya.

Contoh Bukit Kepong:

...... menggarap satu naskah sejarah ke atas pentas memerlukan satu pemikiran yang teliti. Sentiasa mungkin mendekatkan diri kepada jalan cerita agar sama-sama menghayati. Buat perwira negara, aku cemburu dengan semangat mu, aku cemburu dengan pengorbanan mu, aku cemburu dengan keberanian mu. Sesungguhnya nya kau harus berbangga dengan pemergian mu kerana kami tidak dipilih dikalangan mereka yang berani.

Contoh Cheng Lock:

..... melahirkan sejarah kehidupan seorang tokoh negara, memerlukan rasa yang cukup hampir. Kerana sepanjang kehidupan tokoh tersebut adalah suatu perjalanan yang tidak di ketahui esok hari. Cheng Lock mengukir gurisan kehidupan yang amat menarik untuk di kongsikan bersama. Kerana dia negarawan tercinta kerana dia saya terpanggil untuk merealisasikan sejarah nya.

Saya percaya dengan apa yang saya lakukan, dengan setiap karya yang saya hasilkan. Kerana saya sentiasa bertanggungjawab dengan sepenuh nya. Kerana dari gerak, lagu, tari datang nya dari budaya kita, kerana saya tak mahu jadi macam dia. saya tak akan menggadai budaya saya kerana terpengaruh atau di paksa untuk menjadi sempurna di mata mereka.

Teater kita bukan untuk kita saja tetapi hak untuk semua merasa, mengenal dan jatuh cinta. Itu lah kita kerana kita itu lah saya, dan akan berkarya selagi tuhan mengizinkan, selagi tangan boleh tunjuk, selagi mata boleh tengok dan selagi mulut boleh berkata.....................action!

Lokgha

Istana Budaya

6 Mac 2009

4 comments:

Shahriza Mahmud said...

Bila lah dapat berlakon bersama pengarah kita ni ye? DAN bila lah... dapat berlakon di IB ye? Nak buat macamana...taraf kita tak sama..

Duduk lain-lain, berdiri tak layak walau di pagar istana.. :(

+s h a z h a + said...

uncle.gmbr dkt header tu terlalu bsar.kalau nak bagi ngam2:
1)klik kat layout>>page element.
2)klik edit pd bhgian header.
3)kalau nk bg gmbr tu ngam2,klik kat kotak yg ada tulis "shrink to fit".
then bru save..

sorry uncle..

Basikal Jepun said...

Salam bro Zed,
Sudilah kiranya nak link kan blog saya yang humble ni kat blog bro...buleh ke hehehe:
http://basikaljepun.blogspot.com
Selamat berjaya bro!

P/S: Amyza just linked me!
Arigatoghozaimasu!

Anonymous said...

Sultan Mahmood Mangkat DiJulang - Asrama Semai Bakti Kelana Jaya 1994 , we won that theater contest ... ingat tak ...? :)